Liaoning: Modenisasi Angkatan Laut China, Uncle Sam Berwaspada?

on Sunday 27 January 2013

Foto: steeljawsscribe.com
 The Modenizing of Chinese Military atau the Far Sea Defense Strategy menunjukkan proses kerancakan 'modenisasi' angkatan laut People Liberation Army (atau PLA Navy), bahkan matlamat asal transformasi militari China adalah bagi melindungi kawasan perairan China dan ini juga bertindak sebagai 'benteng' dari sebarang 'unexpected assault', memandangkan pergelutan dan provokasi antara China dengan negara jirannya; Jepun, Korea Selatan dan Taiwan yang masih belum ada jalan penyelesaiannya terutamanya membabitkan isu pergelutan sumber asli di kepulauan Senkaku. 'The emergence of China naval power' adalah petanda perubahan matlamat asal modenisasi PLA Navy yang secara 'tradisionalnya' tadi melindungi kedaulatan dan KINI kecenderungan beralih pada penguasaan laluan komersil dan pelancaran 'Liaoning' pada 23 September 2012 juga dilihat sebagai kesediaan China untuk 'counter- balance' penguasaan dominasi kuasa laut tentera AS di abad ke- 21 ini.

Varyag; dari gengaman Soviet ke tangan China: Varyag@Riga merupakan nama asal aircraft carrier Liaoning yakni sebelum kapal perang ini dibeli oleh China, dan pada awal perkembangan mengenai pelan China untuk melancarkan Liaoning, ianya telah dikenalpasti sebagai 'Shi Lang'. Namun, atas faktor rahsia perisikan, China tidak mengeluarkan sebarang nama rasmi bagi aircraft carrier ini sehinggalah ianya dilancarkan pada September 2012 dan dikenali sebagai 'Liaoning'. Mengenai latar belakang aircraft carrier yang pertama dilancarkan China, Varyag ialah kapal pengangkut pesawat atau aircraft carrier buatan Soviet dan ini juga adalah projek aircraft carrier ke-2 pihak Soviet pasca-pelancaran kapal pengangkut pesawat 'kelas Admiral Kuznetsov' yakni sebelum dibeli oleh sebuah syarikat China yang berpangkalan di Macau. Sebelum aircraft carrier ini dinamakan sebagai 'varyag' pada lewat era 1990'an, 'Riga' ialah nama asal kapal tersebut. Proses mereka bentuk 'Varyag' telah dipertanggungjawabkan kepada Nevskoye Planning and Design Bureau dan 'projek Soviet Navy' ini dengan pelancaran kapal perang seberat 67500 tan telah dibuat pada Disember 1988.



Foto: Reuters via BBC News.
Pasca- kejatuhan era Soviet pada tahun 1991, 'Varyag' telah ditunda ke Ukraine bagi menjalani proses (atau fasa) penyelengaraan yang selanjutnya, namun, akibat kekurangan dana, proses tersebut terpaksa dihentikan pada tahun 1992, dan pada tahun 1998, sebuah syarikat China yang berpangkalan di Macau telah membeli Varyag dengan nilai pembelian yang mencecah $20 juta dolar daripada pihak Ukraine. Setahun kemudian, pertikaian antara China dan Turki telah tercetus setelah pihak Turki melarang Varyag melintasi Selat Bosporus atas alasan mengancam keselamatan kapal lain disebabkan saiz kapal perang ini yang besar, apatah lagi, tanpa enjin yakni tidak siap sepenuhnya. Namun, isu ini berjaya diselesaikan antara kedua- dua belah pihak setelah China bersetuju membayar $1 juta dolar kepada Turki sebagai pampasan. Seterusnya pada tahun 2002, Varyag telah berjaya ditunda hingga ke perlabuhan Dalian di utara China bagi menjalani proses penyelenggaraan dan diletakkan dibawah kawalan tentera yang ketat. Pada Mac 2011, Varyag hampir siap sepenuhnya, termasuklah proses akhir yakni 'pengecatan semula' dan pada 25 September 2012, China mengumumkan kejayaan pendaratan jet pejuang J-15 diatas kapal Laoning, sekaligus, ini menunjukkan keupayaan kapal pengangkut pesawat pertama China untuk beroperasi meskipun tidak sepenuhnya lagi berkupayaan menandingi kapabiliti canggih aircraft carrier AS dalam masa terdekat.

 The Far Sea Defense Strategy dan Dominasi Kuasa Maritim China telah BERMULA:
Proses modenisasi angkatan laut China adalah seiring dengan proses hala tuju China yang sedang menuju ke arah sebuah negara kuasa ekonomi baru yang amat memerlukan tahap atau 'jaminan' keselamatan yang tinggi ataupun yang dimaksudkan sebagai modenization of defense, tatkala, AS sedang sibuk menguruskan misi peperangan global dan sedang bergelut dengan krisis hutang, maka ini dilihat sebagai satu PELUANG. Kebangkitan kuasa maritim China muktahir ini, yakni seperti yang dijelaskan pada awal penulisan blog yakni peralihan dari objektif melindungi kedaulatan wilayah kepada isu dominasi kuasa maritim. 'The Far Sea Strategy' bukanlah hanya melibatkan strategi pertahanan ataupun misi 'counter-balance' dominasi kuasa hegemoni AS, tetapi, sebagai satu strategi bagi tempoh masa jangka panjang yang dapat memastikan survival China malahan peperangan global kini tidaklah hanya tertumpu pada isu terroris global dan sebagainya tetapi kecenderungan membabitkan isu berperang kerana pergelutan sumber-sumber asli.

Kebergantungan China terhadap sumber asli seperti minyak dan gas yang diimport dari negara-negara teluk termasuklah benua Afrika adalah tinggi. Ini disebabkan faktor China yang kekurangan sumber-sumber tersebut, maka, terdapat laporan yang menunjukkan China ialah pengimport terbesar minyak dari Afrika yakni sebanyak 30 peratus berbanding AS yakni sekitar 22-25 peratus. Tambahan pula, China juga telah menempatkan anggaran 35 ribu warganya yang bekerja di kawasan lapangan minyak terutamanya di Sudan Utara (Khartoum), malahan, memetik laporan China Daily, jumlah pelaburan China dijangka meningkat kepada (anggaran) >$4 billion pada tahun 2013 berbanding pada tahun 2012 yakni jumlah pelaburan yang dilaporkan telahpun melebihi $2.4 billion. Faktor ini diperhatikan sebagai pendesakan kepada keperluan instrumen keselamatan atau pertahanan yang bertujuan melindungi kepentingan China dan warganya, hal ini memandangkan benua Afrika bukan sahaja masih dihimpit dengan konflik kemiskinan yang tidak sudah, malahan juga konflik politik-kuasa seperti di Somalia, Afrika Tengah hinggalah ke isu ketidakstabilan Libya pasca- Gaddafi yang sememangnya ancaman terang-terangan yang memberi keasn negatif kepada China maka tidak hairanlah juga sekiranya penempatan tentera adalah untuk melindungi 'national interest', dan AS amatlah popular dengan dasar seperti ini yakni mewujudkan hampir 900 pengkalan tentera di seluruh dunia demi kepentingan yang sama.

AS semakin berwaspada?: Memetik sumber artikel dari The New York Times pada April 2010 yang bertajuk 'Chinese Military Seeks to Extend Its Naval Power';

"Now, Chinese admirals say they want warships to escort commercial vessels that are crucial to the country's economy, from as far as the Persian Gulf to the Strait of Malacca, in Southeast Asia, and to help secure Chinese interests in the resource-rich South and East China Seas..."

Foto: Larry Downing/Reuter via the Guardian
Berdasarkan kenyataan daripada salah seorang laksamana tertinggi PLA Navy China, sememangnya China amat bergantung pada sumber asli yang diimport, tambahan pula, China mengimport 1.94 juta tong minyak setiap hari dari Timur Tengah, oleh itu, demi survival negara tersebut, hal ini memerlukan pengawalan keselamatan yang rapi terhadap kapal-kapal komersil dengan memperkuatkan lagi sistem pertahanan laut yang sedia ada. Soal modenisasi pertahanan amat dititkberatkan memandangkan tiadanya lagi petanda pengakhiran 'US naval power dominance', walaupun AS dihimpit krisis hutang yang mencecah $16 trillion, tetapi, Obama tetap mengumumkan persetujuan keselamatan Washington-Canberra menempatkan tentera marin AS di Australia pada November 2011. Kebangkitan China juga turut terkesan dengan isu-isu pertikaian yang melibatkan isu Laut Kuning, isu Kepulauan Spratly, Selat Bashi termasuklah isu ancaman terroris yang serba sedikit mengugat kepercayaan negara-negara serantau mahupun negara asing akan cubaan dominasi China. Namun, jika soal pertahanan tidak diambilberat oleh rejim (pemerintah), dan impkannya juga kepada soal kebergantungan ekonomi.

'capability' misil Dongfeng,ancaman kepada USS Nimitz?
Liaoning vs. USS Nimitz: Kebangkitan kuasa laut China dengan kemunculan Laoning bukanlah satu-satunya pesaing aircraft carrier bagi armada AS, malahan, UK, Itali, Perancis, Brazil, Sepanyol, India turut mempunyai aircraft carrier. AS memiliki lebih 60 buah kapal pengangkut pesawat (termasuklah yang berkuasa nuklear) dan ini menunjukkan AS masih sebagi kuasa maritim yang dominan. Sememangnya, modenisasi militari China masih belum mampu menandingi kelengkapan moden tentera AS, meskipun dunia telah digemparkan dengan laporan abiliti PLA mencipta pesawat stealth bomber, J-20. Keupayaan Laoning dilaporkan masih tidak berupaya lagi menandingi capability USS Nimitz kerana aircraft carrier AS ini ialah 'the largest ship in the world' dan dikategorikan sebagai 'the supercarrier' serta berkuasa nuklear. Proses modenisasi USS Nimitz semenjak dilancarkan pada era 1970'an telah memakan tempoh mas antara 20-30 tahun dan Laoning juga mampu menjalani proses modenisasi dari masa ke masa, maka, tidak menolak dalam tempoh masa 20-30 tahun yang akan datang ini, kebarangkalian, kekuatan Liaoning mampu setaraf dengan USS Nimitz. Meskipun, proses modenisasi memakan masa yang panjang, namun kehadiran kapal perang PLA ke Bahrain pada Mac 2010, menunjukkan AS berwaspada akan kebangkitan pertahanan China sejak kebelakangan ini.

*Penulis merupakan blogger Bincang Isu Global (BIG). komen dan pendapat anda amatlah dialu-alukan,www.facebook.com/BincangIsuGlobal.




Tag : , , , ,

Sesi Baru Kongres AS ke- 113: 'GOP Old Guard' Dilantik Semula Sebagai Speaker.

on Thursday 3 January 2013

Terjemahan oleh Amir Shafiy Mazlan (BIG).

Pembukaan sesi 'baru' Kongres AS ke- 113 pada Khamis telah menyaksikan perlantikan semula wakil Republikan, John Boehner sebagai speaker dewan, sekaligus, beliau berjaya mempertahankan jawatannya dengan mengalahkan wakil Demokrat, Nancy Pelosi dengan undian sebanyak 220 berbanding 192 yang diperolehi pesaingnya. Namun, kemenangan Boehner tidak disenangi oleh sebilangan ahli perwakilan dari Republikan, tatkala, dalam proses undian tersebut, sembilan daripadanya menentang Boehner. Malahan, 'ideological division' dalam parti Republikan semakin ketara disaat- saat AS sedang bergelut dengan krisis hutang.

John Boehner dilantik semula sebagai speaker Dewan Perwakilan AS,
namun sebilangan ahli Republikan menentang pelantikan tersebut.
(Foto: SAUL LOEB/AFP/Getty Images)
Perlantikan semula Boehner berlaku sejurus selepas Republikan dan Demokrat mencapai kesepakatan untuk meluluskan 'fiscal cliff' bill melalui Dewan Perwakilan, dan hal ini bertujuan mengelak peningkatan cukai dan pemotongan perbelanjaan. Sebelum pembukaan sesi baru Kongres AS, blok Tea Party telah menentang kesepakatan tersebut, disamping, terdapat juga ahli Republikan yang mengkritik kewibaan Speaker Boehner dalam memberikan respons terhadap kemusnahan bencana taufan Sandy. Sekaligus, ini menunjukkan perpecahan yang ketara dalam Grand Old Party tersebut.

Blok Republikan berpecah? Gabenor New Jersey (Republikan), Chris Chistie mengkritik
Boehner kerana gagal mengusul 'bill' bantuan mangsa taufan Sandy.
(Foto: Tim Larsen/AP)
Dalam masa yang sama, Boehner berharap beliau dapat memanfaatkan perlantikannya bagi penggal ke- 2 untuk mengurangkan hutang AS yang telahpun mencecah $16 trillion, namun, sesi baru Kongres AS juga bakal menyaksikan ketidakfahaman antara Republikan  dan pentadbiran Obama berhubung isu imigran dan pengawalan senjata, termasuklah pergelutan membabitkan pemotongan perbelanjaan dan isu hutang. Pada sesi pembukaan tersebut juga, Dewan Senat telah menerima 12 orang anggota baru; 8 dari Demokrat, 3 Republikan, manakala, seorang dari wakil bebas, dan difahamkan untuk pertama kalinya, ahli kongres kulit putih menjadi 'minoriti', terutamanya dalam blok Demokrat.

Sumber AJE/Huffington Post/Guardian.
Tag : , , ,

Maduro: Hugo Chavez Masih Dalam Kondisi 'Stabil' Selepas Pembedahan Kanser.

on Wednesday 2 January 2013

Terjemahan oleh Amir Shafiy Mazlan (BIG).

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro telah mengeluarkan kenyataan bahwa keadaan Presiden Chavez masih 'stabil' selepas menjalani pembedahan kanser tiga minggu lepas. Kenyataan ini dibuat susulan khabar angin yang melaporkan keadaan Chavez semakin kritikal susulan rawatan di Cuba, dan laporan ini disangkal Maduro selepas beliau menegaskan bertemu Chavez sebanyak dua kali dan bercakap dengannya.

Nicolas Maduro, Naib Presiden Venezuela semasa ditemuramah
oleh Stesen TV, Telesur pada Selasa.
(Foto: rtbf.be)
Semasa sesi temu ramah dengan sebuah stesen TV yang berpangkalan di Caracas pada Selasa, Maduro turut menegaskan bahwa keadaan Chavez masih stabil pasca- pembedahan dan beliau (Chavez) menggesa agar (rakyat) Venezuela sentiasa menerima informasi yang benar, tatkala, beliau masih menerima rawatan susulan di Cuba. Keadaan Chavez telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam blok pembangkang dan penyokong berikutan tiadanya perkembagan mengenai Chavez sejak menerima rawatan pada 11 Disember lalu.

Namun begitu, Naib Presiden Venezuela tersebut tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai laporan yang mendakwa Chavez menghadapi komplikasi penafasan, dan beliau mendesak agara rakyat tidak menerima khabar angin, malahan, sebarang spekulasi adalah propaganda musuh politik yang berniat untuk menjatuhkan Chavez. Melalui kenyataannya juga, Maduro berkata Chavez sedang menghadapi situasi yang 'kompleks' dan memerlukan kekuatan bagi melawan penyakit kansernya. 

Chavez masih 'stabil' tetapi menghadapi situasi yang 'kompleks' dan
memerlukan kekuatan untuk menghadapi penyakit kansernya, Maduro.
(Foto: AP)
Sambil memuji kerajaan Cuba dalam sesi temu ramahnya, Maduro turut menyatakan hasrat rakyat Venezuela untuk menyaksikan perkembangan positif, tataka, pemimpin pergerakan Revolusi Sosialis Bolivar masih menerima rawatan di Cuba. Manakala, blok pembangkang mendakwa Maduro cuba untuk tidak mendedahkan kondisi sebenar Chavez dan mereka mendesak kerajaan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kesihatan Chavez.

Sumber AP/The Guardian.
Tag : , , ,

Serangan Udara IDF terhadap Khartoum: Kerjasama Strategik Iran-Sudan Membimbangkan Netanyahu.

on Thursday 6 December 2012

Lokasi tapak kilang pembuatan senjata Yarmouk
yang dibom jet IDF.
(Foto: Digitalglobe via bbc.co.uk [Google Images])
Laporan serangan udara jet pejuang 'misteri' keatas kilang pembuatan senjata Yarmouk di Khartoum pada 23 Oktober lalu telah menimbulkan tanda tanya akan kemampuan Omar al- Bashir dalam mempertahankan kedaulatan negaranya, malahan, insiden ini turut menjadi tanda tanya yang menarik untuk dirungkaikan apabila Israel sekali lagi dituduh melancarkan operasi perang rahsia atau 'Covert War' setelah muktahir ini Khartoum secara terbuka menjalinkan kerjasama strategik pertahanan dengan Tehran. Maka dalam konteks ini, serangan udara IDF yang berkeupayaan menjangkau jarak hingga ke 1900 km ke Khartoum dan tidak mustahil IDF juga mampu melancarkan serangan udara terhadap fasiliti nuklear Iran pada bila-bila masa.


Kerjasama strategik Tehran-Khartoum membimbangkan Tel Aviv.
(Foto: AFP via azernews [Google Images])
Berbalik pada perkembangan kerjasama strategik Iran dan Sudan, hal ini bermula sejak Mac 2008, yakni Sudan menerima delegasi dari Iran bagi membincangkan lebih mendalam mengenai kerjasama militari antara kedua-dua negara. Pada 7 Mac (tahun yang sama), kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian dua hala- kerjasama pertahanan dan ini sebagai langkah strategik menggerakkan kestabilan dan keamanan serantau, disamping itu, kerjasama tersebut juga diperhatikan sebagai langkah memecah tembok sekatan terhadap Sudan termasuklah embargo senjata oleh UNSC pada tahun 2007. Tambahan pula, ini juga merupakan peluang bagi Iran untuk 'survive' ditengah-tengah sekatan Barat melalui aktiviti eksport-import persenjataan.


Serangan udara IDF keatas Khartoum, sekaligus, menunjukkan
abiliti IDF melancarkan serangan terhadap Tehran.
(Foto: Google Maps).
Media Israel mendakwa Sudan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini disyaki berfungsi sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata milik Iran ke kawasan Semenanjung Gaza. Laporan tersebut mendakwa bahwa pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRGC) akan menempatkan kelengkapan roket dan beberapa senjata canggih ke dalam kapal yang berlabuh di perlabuhan Bandar Abbas sebelum kapal tersebut menuju ke Sudan. Melalui Sudan, senjata- senjata tersebut akan diseludup ke Mesir, kemudiannya, dibawa ke Gaza melalui terowong penyeludupan di wilayah Sinai. Perkara ini merupakan ancaman besar kepada Israel, tatkala, senjata tersebut diseludup untuk kegunaan pejuang HAMAS di Gaza. Meskipun, Operation Pillar of Defense, operasi ketenteraan Netanyahu pada November lalu telah membunuh lebih 150 orang awam Palestin (termasuklah Komander kanan militari HAMAS, Ahmed Jabari) tetapi serangan misil jarak dekat Fajr-5 telah memberikan tamparan hebat kepada IDF.

Modenisasi HAMAS dan ancaman Fajr-5, PUNCA Netanyahu setuju genjatan senjata?
(Foto: JPost.com via Google Images).
Peranan Sudan sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata telah dijadikan sebagai justifikasi bagi Israel melancarkan serangan secara membuta tuli seperti serangan keatas konvoi yang dipercayai membawa senjata dari Iran di timur Sudan yang meragut 2 nyawa pada April 2011, dan hal ini juga mendesak kapal perang Israel memintas mana-mana kapal yang disyaki membawa bekalan senjata milik Iran ke Gaza. Kerjasama pertahanan Iran-Sudan telah menimbulkan syak mengenai kebarangkalian Tehran memainkan peranan membina kilang (fasiliti) pembuatan senjata di wilayah Sudan kerana hal ini lebih memudahkan disebabkan jarak yang lebih dekat (ke Gaza melalui Sinai, Mesir) dan Iran mengjangkakan bahwa ancaman Israel tidak akan mampu menjangkau ke negara lain. Akan tetapi, perangkaan Iran silap, dan jet IDF telahpun mengebom fasiliti Sudan sekaligus membayangkan fasiliti nuklear Iran dalam bahaya atas faktor kemampuan Israel melancarkan "long-distance attack".

"Operation Babylon"; IDF ceroboh ruang udara Iraq
atas alasan 'self-defense'.
(Foto: warandgame.com)
Perkembangan terbaru ini menunjukkan episod 'covert war' Iran-Israel yang sedang bermula, malahan, hal ini juga menunjukkan persediaan Netanyahu melancarkan serangan jarak jauh terhadap Iran, meskipun, tanpa kesediaan dari Washington. Sikap Israel ini menonjolkan pendekatan realism- teori 'balance of power' dan serangan udara IDF keatas negara lain bukanlah isu baru. Pada tahun 1981, Israel secara membuta tuli mengebom fasiliti nuklear Iraq di wilayah Osirak, operasi ini dinamakan sebagai 'Operation Babylon'. Berdasarkan konteks teori tadi, tindakan militari oleh Israel adalah bagi memastikan kekuatan Saddam tidak akan melebihi had yang mampu menjejaskan keselamatan Israel dan IDF juga akan memastikan pertembungan kuasa tersebut adalah seimbang. Samada serangan udara terhadap Iraq ataupun Sudan, hal ini menunjukkan pendekatan membuta tuli Tel Aviv yang secara terang-terangan mencabuli ruang udara negara lain dan menyalahgunakan hak 'self-defense' yakni tidak mematuhi prosedur yang telah dipersetujui melalui UNSC. Insiden ini sebenarnya menguji fungsi PBB sama ada hanya mengutuk ataupun "ada mata buta, ada telinga tuli".

*Penulis merupakan blogger Bincang Isu Global (BIG).
Tag : , , ,

Ancaman Senjata Kimia Assad: "AMARAN" Terbaru Obama Kepada Damsyik.

on Tuesday 4 December 2012


White House menyatakan kebimbangan kemungkinan ancaman senjata kimia oleh Rejim Assad. Memetik laporan CBS News pada Isnin (3 Disember), Presiden Obama telah menyuarakan amaran keras kepada Rejim Assad atas kebarangkalian tinggi bahwa rejim tersebut akan menggunakan senjata merbahaya bagi melumpuhkan pergerakan penentangan, meskipun, pihak Syria tetap menafikan tuduhan tersebut. Melalui kenyataan terbaru daripada Obama juga, tindakan Assad menggunakan senjata kimia adalah “tidak boleh diterima” dan sememangnya mengheret penglibatan AS dalam konflik di Syria.


Kemuncak konflik di Syria; Kementerian Luar Rejim Assad
tetap berkeras menafikan penggunaan senjata kimia.

Laporan pemindahan senjata kimia Syria telah mendapat liputan meluas sejak bulan Julai yang lalu dan aktiviti pemindahan senjata tersebut ke lokasi- lokasi rahsia telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah amaran keras daripada Washington. Laporan terbaru perisikan AS melalui imej satelit menunjukkan Rejim Assad sedang menaiktaraf kemudahan (fasiliti) di beberapa pangkalan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan  senjata kimia dan (Assad) sentiasa bersedia pada bila- bila masa untuk menggunakannya.  



Sementara itu, Setiausaha Luar AS, Hillary Clinton ketika mengadakan lawatan ke Prague, beliau turut senada dengan Obama bahwa perkembangan terbaru tersebut mampu memberikan ancaman kepada Amerika Syarikat dan jika laporan perisikan adalah benar (yakni Assad akan menggunakan senjata kimia), insiden ini sememangnya bakal mendesak tentera AS terlibat dalam konflik. Sekurang- kurangnya seramai 75 ribu tentera diperlukan dalam operasi darat bagi menawan pusat kemudahan senjata kimia Syria dan sokongan serangan udara juga akan digunakan bagi melumpuhkan pertahanan udara buatan Rusia yang mengawal pusat senjata kimia tersebut.


Utara Damsyik, Hama, Homs dan Cerin (Selatan Homs)
disyaki berfungsi sebagai kawasan fasiliti penghasilan
senjata  kimia (BIG via Google  Map).

Setakat ini terdapat empat kawasan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan senjata kimia di Syria, dan kawasan tersebut termasuklah di Utara Damsyik, kawasan perindustrian Homs, Hama (pusat penghasilan ejen saraf) dan Cerin, disamping  itu, pembangunan senjata kimia di Syria difahamkan telahpun bermula sejak tahun 1973, yakni ketika kemuncak Perang Yom Kippur dan pusat- pusat fasiliti ini dikawal ketat oleh badan perisikan Syria. Perkembangan terbaru konflik Syria, Assad tetap konfiden bahwa beliau mampu bertahan dan insiden berbalas serangan terbaru di kawasan berdekatan lapangan terbang Damsyik telah menjejaskan industri penerbangan negara tersebut setelah beberapa syarikat penerbangan (termasuklah EgyptAir dan Emirates airlines) telah membatalkan jadual penerbangan ke Syria untuk beberapa tempoh masa tertentu.



- Sumber Al Jazeera (AJE), CBS News dan Globalsecurity.org
Tag : , ,

Propaganda Parti Komunis China Dalam Bentuk Mural

on Monday 3 December 2012

Propaganda Parti Komunis China Dalam Bentuk Mural : Umum mengetahui China ialah merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Komunis. Ideologi komunisme ini merupakan ideologi sistem politik dan struktur sosio ekonomi yang menekankan pembentukan masyrakat yang tidak menekankan kawalan, pemilikan terhadap faktor pengeluaran negara dan pemilikan harta. Komunisme juga menekankan pengamalan sistem demokratik terhadap segala keputusan di mana masyrakat terlebat secara langsung dalam proses ini tanpa sebarang sekatan dan penindasan langsung daripada golongan pemerintah. Komunisme bersusur galur daripada gerakan politik dan peranan golongan intelektual semasa Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme ini juga menolak penguasaan golongan Burjuis (kelas atasan) yang mendominasi pasaran ekonomi daripada golongan Proletariat (pekerja). Dan ini jelas berkenaan dasar Komunisme yang menumpukan pembentukan masyarakat tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Di China misalnya, sebelum kejatuhan Parti Kuomintang pada tahun 1949, Karl Marx memberikan gambaran salah bahawa golongan masyrakat tani sebagai golongan konservatif dan tidak revolusioner. Dan selepas kejatuhan Parti Koumintang ini, masyrakat tani di bawah Parti Komunis China telah menunjukkan masyrakat golongan tani juga boleh bergerak sebagai baris hadapan dalam mencetuskan revolusi secara total. Perjuangan kaum tani di China secara mudahnya dapat di bahagikan kepada dua tahap iatu pada tahap pertama ialah pada tahun 1922 hingga 1927 yang melibatkan penglibatan secara separa golongan tani manakala pada tahap kedua ialah penglibatan secara total golongan tani di bawah penguasaan Parti Komunis China. Namun begitu dengan tercetusnya Revolusi Bolshevik di Russia pada tahun merupakan garis awal dalam pengenalan ideologi komunis. Dan kini hanya lima buah negara masih mengekalkan pemerintahan komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Di China, golongan pemerintah cuba untuk menekankan pemerintahan komunisnya dengan membuat beberapa mural di bahagian bandar, dengan menerapkan "adalah pengkhianat sekiranya rakyat China menjual rahsia negara kepada negara luar" .

propaganda parti komunis china dalam bentuk mural propaganda parti komunis china dalam bentuk mural propaganda parti komunis china dalam bentuk mural

Sumber: Bucublog
Tag :

KJ: Kemenangan pro-Aspirasi bukti orang muda kembali pada Umno

on Saturday 1 December 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.
"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.- Malaysiakini  (Isi ucapan Khairy Jamaludin semasa Perhimpunan Agung Umno 2012)
Tag : , , ,
 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved