Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

KJ: Kemenangan pro-Aspirasi bukti orang muda kembali pada Umno

on Saturday 1 December 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.
"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.- Malaysiakini  (Isi ucapan Khairy Jamaludin semasa Perhimpunan Agung Umno 2012)
Tag : , , ,

Kelab Mahasiswa Keadilan

on Friday 30 November 2012

PETALING JAYA 4 Ogos: KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak ‘kuasa tiga’ mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.
“Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap,” katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.
Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program ‘ampu’ kerajaan.
“Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.
“Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus,” katanya.
Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.
Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.
Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.
Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.
“Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN,” katanya. -KeadilanDaily

Lepas BN tubuhkan Kelab Penyokong, PKR juga mengambil langkah yang sama dengan menubuhkan kelab penyokongnya yang tersendiri. Inikah yang dinamakan "Mahasiswa dikudakan parti politik"? Macam mana pulak dengan sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa kita perlu belajar dan bukannya berpolitik? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
Tag : , , ,
 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved