Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

KJ: Kemenangan pro-Aspirasi bukti orang muda kembali pada Umno

on Saturday 1 December 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.
"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.- Malaysiakini  (Isi ucapan Khairy Jamaludin semasa Perhimpunan Agung Umno 2012)
Tag : , , ,

Kelab Mahasiswa Keadilan

on Friday 30 November 2012

PETALING JAYA 4 Ogos: KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak ‘kuasa tiga’ mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.
“Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap,” katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.
Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program ‘ampu’ kerajaan.
“Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.
“Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus,” katanya.
Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.
Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.
Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.
Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.
“Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN,” katanya. -KeadilanDaily

Lepas BN tubuhkan Kelab Penyokong, PKR juga mengambil langkah yang sama dengan menubuhkan kelab penyokongnya yang tersendiri. Inikah yang dinamakan "Mahasiswa dikudakan parti politik"? Macam mana pulak dengan sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa kita perlu belajar dan bukannya berpolitik? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
Tag : , , ,

Mahasiswa AUKU dan PRU 13

Mahasiswa AUKU dan PRU 13:Oleh: Mohd Syahid Mohd Zaini.


Beberapa ketika dahulu dunia aktivisme kemahasiswaan diberi nafas kembali apabila Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mencadangkan agar mahasiswa kembali diberi ruang melibatkan diri dalam politik. Beliau berkata, masanya telah tiba bagi kita mengkaji semula kedudukan sekarang dan berfikir secara serius bagi membenarkan pelajar universiti menjadi ahli parti politik. Namun percanggahan cadangan ini dengan peraturan di dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti menjadikan mahasiswa terus pesimis dengan cadangan-cadangan selepas daripada itu yang dikeluarkan oleh Menteri berkenaan. Tambahan pula dengan lontaran idea yang hanya dibiar sepi oleh pihak Kementerian selepas ianya diperbincangkan oleh semua pihak, akhirnya cadangan ini senyap begitu sahaja. Dalam hal ini, terdapat dua persoalan penting yang harus kita rungkaikan. Pertama, bagaimana ruang lingkup berpolitik yang perlu difahami oleh mahasiswa?

Perkara asas yang perlu difahami oleh mahasiswa ialah mahasiswa adalah suatu entiti di dalam masyarakat yang pada hakikatnya mempunyai kewarganegaraan yang sah seperti rakyat Malaysia yang lain. Lalu, di atas asas ini kita memahami bahawa mahasiswa juga adalah rakyat di mana hak sivil seperti bersuara, mengemukakan pendapat, memberi cadangan dan lain-lain adalah dijamin oleh perlembagaan. Hak ini diiktiraf oleh perlembagaan Malaysia serta tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun. Sebagai kelompok intelektual dalam masyarakat, aksi berpolitik mahasiswa tidaklah sama seperti masyarakat biasa. Kelebihan daya intelektual ini memberikan mahasiswa keupayaan untuk melihat negara dengan pandang sisi yang tersendiri. Idea kelompok mahasiswa adalah 'genuine' atau asli yang menjadikan mahasiswa tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pengaruh politik kepartian. Oleh sebab itu, prinsip 'non partisan' menjadi teras penglibatan mahasiswa dalam politik tanah air. Selain itu, mahasiswa juga dikelompokkan di dalam kelompok masyarakat sivil. Di dalam sesebuah negara yang mengimpikan keadaan politik yang stabil, masyarakat sivil berfungsi menjadi agen semak imbang kepada negara.

Mahasiswa bebas memberi cadangan dan mengkritik secara konstruktif berbekalkan nilai-nilai akademik yang digariskan. Salah faham sesetengah pihak di dalam hal ini ialah, apabila mahasiswa mengkritik maka mereka dilabel 'anti-establishment' dan dianggap mahu menjatuhkan kerajaan. Oleh itu, aksi-aksi politik mahasiswa harus ditanggapi dengan cermat, jangan sampai seluruh anak muda protes terhadap politik negara. Persoalan kedua, apakah AUKU itu sendiri menjadi 'root cause' atau masalah pokok yang mengekang aktivisme mahasiswa di dalam politik? Jawapannya adalah ya. AUKU itu sendiri dicipta atas tujuan yang tidak baik atau disebut sebagai 'mala fide'. Penggubalan AUKU adalah bertujuan bagi menyekat maraan gerakan mahasiswa bertitik tolak daripada beberapa peristiwa. Antaranya, seperti pengisytiharan manifesto oleh Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di dalam Pilihanraya Umum ke-4 sehingga tercetusnya Persitiwa 13 Mei 1969, demontrasi Anti Tunku oleh PMUM di UM pd 29 Ogos 1969 serta demontrasi “Papan Tanda” 5 Okt. 1970 iaitu pertembungan PMUM (sosialis) & PBMUM (nasionalis) sehingga membuka terlalu banyak kelemahan Kerajaan dalam isu Bahasa Melayu dan Pendidikan. Pembaca jangan terlalu terkejut dengan dakwaan saya ini. Baru-baru ini saya melihat gambar di dalam laman sosial Facebook Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya, di dalam slaid pembentangan oleh bekas Timbalan Naib Canselor (HEP) menggariskan poin bahawa AUKU berjaya mengekang kegiatan pelajar yang bertentangan dengan dasar universiti dan kerajaan.

Beliau dalam slaid tersebut juga berpendapat gerakan pelajar ini tidak boleh dipandang ringan kerana berpotensi menggugat keselamatan serta menjatuhkan kerajaan. Mahasiswa, AUKU dan PRU13 Saya menulis artikel ini dengan niat untuk melihat kembali sejauhmana kebebasan pergerakan mahasiswa diberi perhatian. Saya mencadangkan idea membenarkan partisipasi mahasiswa dalam politik dinilai segera oleh kerajaan dan semua pihak terutamanya menjelang Pilihanraya Umum ke-13. Ini juga sebagai langkah awal bagi memastikan tiada lagi mahasiswa yang didakwa, ditangkap dan dibicarakan atas nama AUKU apabila melibatkan diri dalam politik negara.

Penulis ialah merupakan Mantan Yang Di-Pertua MPMUM
Tag :

Kelab Penyokong BN IPTA

on Wednesday 28 November 2012

kelab penyokong bn ipta
KUALA LUMPUR – Penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah langkah tepat untuk menangkis segala tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kelab yang dianggotai oleh mahasiswa itu akan menjadi paltform untuk mereka mendapat maklumat tepat mengenai BN dan aktif dalam politik.“Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik,” katanya yang yakin golongan itukini lebih berani dan matang serta mampu berjuang bersama-sama pemimpin BN untukmemastikan parti komponen itu lebih kuat.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan kelab itu di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim serta 200 mahasiswa dari seluruh negara yang menjadi penggerak kepada kelab.Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda Umno, SyahrinMd Jamaludin berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.“Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untukmenjadi ahli kelab ini,” katanya.

Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan danpertubuhan termasuk parti politik.Seorang angota kelab itu, Fatimah Zahrah Akma Abd Halim Yap, 24, yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Risiko dan Takaful, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu, berkata penubuhan kelab itu banyak memberi manfaat kepada golongan muda terutama mahasiswa.“Penubuhan kelab ini bukan semata-mata untuk berpolitik tetapi ia lebih menjurus kepada membentuk keperibadian yang lebih baik dan yakin ketika menghadapi orang ramai,” katanya.

Syed Dzulfakar Shukur, 24, penuntut tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berkata, manfaat yang dikumpul menerusi pelbagai program yang dijalankan amat berguna untuk mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.
“Banyak kemahiran yang saya pelajari sepanjang menyertai program kelab iniantaranya cara berinteraksi dengan masyarakat dan cara memberi pendapat secaralebih kritis,” katanya. – BERNAMA
 
Sejak AUKU dah dipinda ni, mahasiswa dah boleh berpolitik. Adakah kita sebagai mahasiswa bijak memilih parti atau ideologi? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
Tag : , ,
 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved