Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Mahasiswa. Show all posts

KJ: Kemenangan pro-Aspirasi bukti orang muda kembali pada Umno

on Saturday 1 December 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.
"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.- Malaysiakini  (Isi ucapan Khairy Jamaludin semasa Perhimpunan Agung Umno 2012)
Tag : , , ,

Kelab Mahasiswa Keadilan

on Friday 30 November 2012

PETALING JAYA 4 Ogos: KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal menjadi penggerak ‘kuasa tiga’ mewakili rakyat khususnya golongan muda dalam isu berkaitan.
“Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat dilihat  dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap,” katanya ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.
Nurul Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan pelbagai bentuk program ‘ampu’ kerajaan.
“Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan kepada mahasiwa.
“Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN)  bagi mengawal pelajar di kampus,” katanya.
Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.
Mahasiswa jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.
Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada pelajar.
Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.
“Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu PTPTN,” katanya. -KeadilanDaily

Lepas BN tubuhkan Kelab Penyokong, PKR juga mengambil langkah yang sama dengan menubuhkan kelab penyokongnya yang tersendiri. Inikah yang dinamakan "Mahasiswa dikudakan parti politik"? Macam mana pulak dengan sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa kita perlu belajar dan bukannya berpolitik? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
Tag : , , ,

Kelab Penyokong BN IPTA

on Wednesday 28 November 2012

kelab penyokong bn ipta
KUALA LUMPUR – Penubuhan Kelab Penyokong Barisan Nasional Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah langkah tepat untuk menangkis segala tohmahan pembangkang terhadap Barisan Nasional (BN).

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, kelab yang dianggotai oleh mahasiswa itu akan menjadi paltform untuk mereka mendapat maklumat tepat mengenai BN dan aktif dalam politik.“Saya harap kelab ini dapat mengumpulkan mahasiswa dan profesional muda yang berminat untuk melibatkan diri dalam politik,” katanya yang yakin golongan itukini lebih berani dan matang serta mampu berjuang bersama-sama pemimpin BN untukmemastikan parti komponen itu lebih kuat.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan kelab itu di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini Selasa.Turut hadir Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim serta 200 mahasiswa dari seluruh negara yang menjadi penggerak kepada kelab.Sementara itu, Pengerusi Biro Institusi Pengajian Tinggi Pemuda Umno, SyahrinMd Jamaludin berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan 5,000 anggota untuk lima zon di seluruh negara.“Mahasiswa berumur 21 tahun dan telah mendaftar sebagai pengundi layak untukmenjadi ahli kelab ini,” katanya.

Penubuhan kelab itu adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 yang kini membenarkan mahasiswa telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan danpertubuhan termasuk parti politik.Seorang angota kelab itu, Fatimah Zahrah Akma Abd Halim Yap, 24, yang merupakan penuntut tahun tiga jurusan Pengurusan Risiko dan Takaful, Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Terengganu, berkata penubuhan kelab itu banyak memberi manfaat kepada golongan muda terutama mahasiswa.“Penubuhan kelab ini bukan semata-mata untuk berpolitik tetapi ia lebih menjurus kepada membentuk keperibadian yang lebih baik dan yakin ketika menghadapi orang ramai,” katanya.

Syed Dzulfakar Shukur, 24, penuntut tahun akhir Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berkata, manfaat yang dikumpul menerusi pelbagai program yang dijalankan amat berguna untuk mereka mencari pekerjaan selepas tamat pengajian.
“Banyak kemahiran yang saya pelajari sepanjang menyertai program kelab iniantaranya cara berinteraksi dengan masyarakat dan cara memberi pendapat secaralebih kritis,” katanya. – BERNAMA
 
Sejak AUKU dah dipinda ni, mahasiswa dah boleh berpolitik. Adakah kita sebagai mahasiswa bijak memilih parti atau ideologi? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
Tag : , ,

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Sains Politik UUM

on Saturday 22 September 2012

Selamat Datang Ke Blog Persatuan Sains Politik UUM : Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,Salam Sejahtera,Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia.Ribuan Syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah dan rahmatnya pada tanggal 20 September 2012.Blog rasmi Persatuan Sains Politik UUM kini di rasmikan dengan jayanya.Saya selaku penulis utama Di Blog Rasmi Persatuan Sains Politik UUM mengalu-alukan sumbangan artikel saudara/i sekalian bagi pengkongsian bersama.Sila hantarkan sumbangan artikel anda ke pspuum[at]gmail.com.














Bersama-samalah kita membina suasana persekitaran yang harmoni dan kondusif dalam pembelajaran di Universiti.Jadilah Mahasiswa yang matang serta berilmu pengetahuan yang tinggi sebagai pewaris kepada anak bangsa dan negara.Akhir kata dari saya semoga Persatun Sains Politik UUM akan kekal relvan dan bersama-sama membangung seiring dengan megahnya Alma Mater kita.Universiti Utara Malaysia."Dunia ini milik anak muda",Revolusi!
Tag : ,
 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved