Maduro: Hugo Chavez Masih Dalam Kondisi 'Stabil' Selepas Pembedahan Kanser.

on Wednesday 2 January 2013

Terjemahan oleh Amir Shafiy Mazlan (BIG).

Naib Presiden Venezuela, Nicolas Maduro telah mengeluarkan kenyataan bahwa keadaan Presiden Chavez masih 'stabil' selepas menjalani pembedahan kanser tiga minggu lepas. Kenyataan ini dibuat susulan khabar angin yang melaporkan keadaan Chavez semakin kritikal susulan rawatan di Cuba, dan laporan ini disangkal Maduro selepas beliau menegaskan bertemu Chavez sebanyak dua kali dan bercakap dengannya.

Nicolas Maduro, Naib Presiden Venezuela semasa ditemuramah
oleh Stesen TV, Telesur pada Selasa.
(Foto: rtbf.be)
Semasa sesi temu ramah dengan sebuah stesen TV yang berpangkalan di Caracas pada Selasa, Maduro turut menegaskan bahwa keadaan Chavez masih stabil pasca- pembedahan dan beliau (Chavez) menggesa agar (rakyat) Venezuela sentiasa menerima informasi yang benar, tatkala, beliau masih menerima rawatan susulan di Cuba. Keadaan Chavez telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan dalam blok pembangkang dan penyokong berikutan tiadanya perkembagan mengenai Chavez sejak menerima rawatan pada 11 Disember lalu.

Namun begitu, Naib Presiden Venezuela tersebut tidak mendedahkan maklumat terperinci mengenai laporan yang mendakwa Chavez menghadapi komplikasi penafasan, dan beliau mendesak agara rakyat tidak menerima khabar angin, malahan, sebarang spekulasi adalah propaganda musuh politik yang berniat untuk menjatuhkan Chavez. Melalui kenyataannya juga, Maduro berkata Chavez sedang menghadapi situasi yang 'kompleks' dan memerlukan kekuatan bagi melawan penyakit kansernya. 

Chavez masih 'stabil' tetapi menghadapi situasi yang 'kompleks' dan
memerlukan kekuatan untuk menghadapi penyakit kansernya, Maduro.
(Foto: AP)
Sambil memuji kerajaan Cuba dalam sesi temu ramahnya, Maduro turut menyatakan hasrat rakyat Venezuela untuk menyaksikan perkembangan positif, tataka, pemimpin pergerakan Revolusi Sosialis Bolivar masih menerima rawatan di Cuba. Manakala, blok pembangkang mendakwa Maduro cuba untuk tidak mendedahkan kondisi sebenar Chavez dan mereka mendesak kerajaan akan mengeluarkan laporan terperinci mengenai kesihatan Chavez.

Sumber AP/The Guardian.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved