Lokasi tapak kilang pembuatan senjata Yarmouk yang dibom jet IDF. (Foto: Digitalglobe via bbc.co.uk [Google Images]) |
Laporan serangan udara jet pejuang 'misteri' keatas kilang pembuatan senjata Yarmouk di Khartoum pada 23 Oktober lalu telah menimbulkan tanda tanya akan kemampuan Omar al- Bashir dalam mempertahankan kedaulatan negaranya, malahan, insiden ini turut menjadi tanda tanya yang menarik untuk dirungkaikan apabila Israel sekali lagi dituduh melancarkan operasi perang rahsia atau 'Covert War' setelah muktahir ini Khartoum secara terbuka menjalinkan kerjasama strategik pertahanan dengan Tehran. Maka dalam konteks ini, serangan udara IDF yang berkeupayaan menjangkau jarak hingga ke 1900 km ke Khartoum dan tidak mustahil IDF juga mampu melancarkan serangan udara terhadap fasiliti nuklear Iran pada bila-bila masa.
Kerjasama strategik Tehran-Khartoum membimbangkan Tel Aviv. (Foto: AFP via azernews [Google Images]) |
Serangan udara IDF keatas Khartoum, sekaligus, menunjukkan abiliti IDF melancarkan serangan terhadap Tehran. (Foto: Google Maps). |
Media Israel mendakwa Sudan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini disyaki berfungsi sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata milik Iran ke kawasan Semenanjung Gaza. Laporan tersebut mendakwa bahwa pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRGC) akan menempatkan kelengkapan roket dan beberapa senjata canggih ke dalam kapal yang berlabuh di perlabuhan Bandar Abbas sebelum kapal tersebut menuju ke Sudan. Melalui Sudan, senjata- senjata tersebut akan diseludup ke Mesir, kemudiannya, dibawa ke Gaza melalui terowong penyeludupan di wilayah Sinai. Perkara ini merupakan ancaman besar kepada Israel, tatkala, senjata tersebut diseludup untuk kegunaan pejuang HAMAS di Gaza. Meskipun, Operation Pillar of Defense, operasi ketenteraan Netanyahu pada November lalu telah membunuh lebih 150 orang awam Palestin (termasuklah Komander kanan militari HAMAS, Ahmed Jabari) tetapi serangan misil jarak dekat Fajr-5 telah memberikan tamparan hebat kepada IDF.
Modenisasi HAMAS dan ancaman Fajr-5, PUNCA Netanyahu setuju genjatan senjata? (Foto: JPost.com via Google Images). |
Peranan Sudan sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata telah dijadikan sebagai justifikasi bagi Israel melancarkan serangan secara membuta tuli seperti serangan keatas konvoi yang dipercayai membawa senjata dari Iran di timur Sudan yang meragut 2 nyawa pada April 2011, dan hal ini juga mendesak kapal perang Israel memintas mana-mana kapal yang disyaki membawa bekalan senjata milik Iran ke Gaza. Kerjasama pertahanan Iran-Sudan telah menimbulkan syak mengenai kebarangkalian Tehran memainkan peranan membina kilang (fasiliti) pembuatan senjata di wilayah Sudan kerana hal ini lebih memudahkan disebabkan jarak yang lebih dekat (ke Gaza melalui Sinai, Mesir) dan Iran mengjangkakan bahwa ancaman Israel tidak akan mampu menjangkau ke negara lain. Akan tetapi, perangkaan Iran silap, dan jet IDF telahpun mengebom fasiliti Sudan sekaligus membayangkan fasiliti nuklear Iran dalam bahaya atas faktor kemampuan Israel melancarkan "long-distance attack".
"Operation Babylon"; IDF ceroboh ruang udara Iraq atas alasan 'self-defense'. (Foto: warandgame.com) |
Perkembangan terbaru ini menunjukkan episod 'covert war' Iran-Israel yang sedang bermula, malahan, hal ini juga menunjukkan persediaan Netanyahu melancarkan serangan jarak jauh terhadap Iran, meskipun, tanpa kesediaan dari Washington. Sikap Israel ini menonjolkan pendekatan realism- teori 'balance of power' dan serangan udara IDF keatas negara lain bukanlah isu baru. Pada tahun 1981, Israel secara membuta tuli mengebom fasiliti nuklear Iraq di wilayah Osirak, operasi ini dinamakan sebagai 'Operation Babylon'. Berdasarkan konteks teori tadi, tindakan militari oleh Israel adalah bagi memastikan kekuatan Saddam tidak akan melebihi had yang mampu menjejaskan keselamatan Israel dan IDF juga akan memastikan pertembungan kuasa tersebut adalah seimbang. Samada serangan udara terhadap Iraq ataupun Sudan, hal ini menunjukkan pendekatan membuta tuli Tel Aviv yang secara terang-terangan mencabuli ruang udara negara lain dan menyalahgunakan hak 'self-defense' yakni tidak mematuhi prosedur yang telah dipersetujui melalui UNSC. Insiden ini sebenarnya menguji fungsi PBB sama ada hanya mengutuk ataupun "ada mata buta, ada telinga tuli".
*Penulis merupakan blogger Bincang Isu Global (BIG).