Serangan Udara IDF terhadap Khartoum: Kerjasama Strategik Iran-Sudan Membimbangkan Netanyahu.

on Thursday 6 December 2012

Lokasi tapak kilang pembuatan senjata Yarmouk
yang dibom jet IDF.
(Foto: Digitalglobe via bbc.co.uk [Google Images])
Laporan serangan udara jet pejuang 'misteri' keatas kilang pembuatan senjata Yarmouk di Khartoum pada 23 Oktober lalu telah menimbulkan tanda tanya akan kemampuan Omar al- Bashir dalam mempertahankan kedaulatan negaranya, malahan, insiden ini turut menjadi tanda tanya yang menarik untuk dirungkaikan apabila Israel sekali lagi dituduh melancarkan operasi perang rahsia atau 'Covert War' setelah muktahir ini Khartoum secara terbuka menjalinkan kerjasama strategik pertahanan dengan Tehran. Maka dalam konteks ini, serangan udara IDF yang berkeupayaan menjangkau jarak hingga ke 1900 km ke Khartoum dan tidak mustahil IDF juga mampu melancarkan serangan udara terhadap fasiliti nuklear Iran pada bila-bila masa.


Kerjasama strategik Tehran-Khartoum membimbangkan Tel Aviv.
(Foto: AFP via azernews [Google Images])
Berbalik pada perkembangan kerjasama strategik Iran dan Sudan, hal ini bermula sejak Mac 2008, yakni Sudan menerima delegasi dari Iran bagi membincangkan lebih mendalam mengenai kerjasama militari antara kedua-dua negara. Pada 7 Mac (tahun yang sama), kedua-dua pihak telah menandatangani perjanjian dua hala- kerjasama pertahanan dan ini sebagai langkah strategik menggerakkan kestabilan dan keamanan serantau, disamping itu, kerjasama tersebut juga diperhatikan sebagai langkah memecah tembok sekatan terhadap Sudan termasuklah embargo senjata oleh UNSC pada tahun 2007. Tambahan pula, ini juga merupakan peluang bagi Iran untuk 'survive' ditengah-tengah sekatan Barat melalui aktiviti eksport-import persenjataan.


Serangan udara IDF keatas Khartoum, sekaligus, menunjukkan
abiliti IDF melancarkan serangan terhadap Tehran.
(Foto: Google Maps).
Media Israel mendakwa Sudan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini disyaki berfungsi sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata milik Iran ke kawasan Semenanjung Gaza. Laporan tersebut mendakwa bahwa pegawai Pengawal Revolusi Iran (IRGC) akan menempatkan kelengkapan roket dan beberapa senjata canggih ke dalam kapal yang berlabuh di perlabuhan Bandar Abbas sebelum kapal tersebut menuju ke Sudan. Melalui Sudan, senjata- senjata tersebut akan diseludup ke Mesir, kemudiannya, dibawa ke Gaza melalui terowong penyeludupan di wilayah Sinai. Perkara ini merupakan ancaman besar kepada Israel, tatkala, senjata tersebut diseludup untuk kegunaan pejuang HAMAS di Gaza. Meskipun, Operation Pillar of Defense, operasi ketenteraan Netanyahu pada November lalu telah membunuh lebih 150 orang awam Palestin (termasuklah Komander kanan militari HAMAS, Ahmed Jabari) tetapi serangan misil jarak dekat Fajr-5 telah memberikan tamparan hebat kepada IDF.

Modenisasi HAMAS dan ancaman Fajr-5, PUNCA Netanyahu setuju genjatan senjata?
(Foto: JPost.com via Google Images).
Peranan Sudan sebagai laluan transit bagi penghantaran senjata telah dijadikan sebagai justifikasi bagi Israel melancarkan serangan secara membuta tuli seperti serangan keatas konvoi yang dipercayai membawa senjata dari Iran di timur Sudan yang meragut 2 nyawa pada April 2011, dan hal ini juga mendesak kapal perang Israel memintas mana-mana kapal yang disyaki membawa bekalan senjata milik Iran ke Gaza. Kerjasama pertahanan Iran-Sudan telah menimbulkan syak mengenai kebarangkalian Tehran memainkan peranan membina kilang (fasiliti) pembuatan senjata di wilayah Sudan kerana hal ini lebih memudahkan disebabkan jarak yang lebih dekat (ke Gaza melalui Sinai, Mesir) dan Iran mengjangkakan bahwa ancaman Israel tidak akan mampu menjangkau ke negara lain. Akan tetapi, perangkaan Iran silap, dan jet IDF telahpun mengebom fasiliti Sudan sekaligus membayangkan fasiliti nuklear Iran dalam bahaya atas faktor kemampuan Israel melancarkan "long-distance attack".

"Operation Babylon"; IDF ceroboh ruang udara Iraq
atas alasan 'self-defense'.
(Foto: warandgame.com)
Perkembangan terbaru ini menunjukkan episod 'covert war' Iran-Israel yang sedang bermula, malahan, hal ini juga menunjukkan persediaan Netanyahu melancarkan serangan jarak jauh terhadap Iran, meskipun, tanpa kesediaan dari Washington. Sikap Israel ini menonjolkan pendekatan realism- teori 'balance of power' dan serangan udara IDF keatas negara lain bukanlah isu baru. Pada tahun 1981, Israel secara membuta tuli mengebom fasiliti nuklear Iraq di wilayah Osirak, operasi ini dinamakan sebagai 'Operation Babylon'. Berdasarkan konteks teori tadi, tindakan militari oleh Israel adalah bagi memastikan kekuatan Saddam tidak akan melebihi had yang mampu menjejaskan keselamatan Israel dan IDF juga akan memastikan pertembungan kuasa tersebut adalah seimbang. Samada serangan udara terhadap Iraq ataupun Sudan, hal ini menunjukkan pendekatan membuta tuli Tel Aviv yang secara terang-terangan mencabuli ruang udara negara lain dan menyalahgunakan hak 'self-defense' yakni tidak mematuhi prosedur yang telah dipersetujui melalui UNSC. Insiden ini sebenarnya menguji fungsi PBB sama ada hanya mengutuk ataupun "ada mata buta, ada telinga tuli".

*Penulis merupakan blogger Bincang Isu Global (BIG).
Tag : , , ,

Ancaman Senjata Kimia Assad: "AMARAN" Terbaru Obama Kepada Damsyik.

on Tuesday 4 December 2012


White House menyatakan kebimbangan kemungkinan ancaman senjata kimia oleh Rejim Assad. Memetik laporan CBS News pada Isnin (3 Disember), Presiden Obama telah menyuarakan amaran keras kepada Rejim Assad atas kebarangkalian tinggi bahwa rejim tersebut akan menggunakan senjata merbahaya bagi melumpuhkan pergerakan penentangan, meskipun, pihak Syria tetap menafikan tuduhan tersebut. Melalui kenyataan terbaru daripada Obama juga, tindakan Assad menggunakan senjata kimia adalah “tidak boleh diterima” dan sememangnya mengheret penglibatan AS dalam konflik di Syria.


Kemuncak konflik di Syria; Kementerian Luar Rejim Assad
tetap berkeras menafikan penggunaan senjata kimia.

Laporan pemindahan senjata kimia Syria telah mendapat liputan meluas sejak bulan Julai yang lalu dan aktiviti pemindahan senjata tersebut ke lokasi- lokasi rahsia telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah amaran keras daripada Washington. Laporan terbaru perisikan AS melalui imej satelit menunjukkan Rejim Assad sedang menaiktaraf kemudahan (fasiliti) di beberapa pangkalan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan  senjata kimia dan (Assad) sentiasa bersedia pada bila- bila masa untuk menggunakannya.  



Sementara itu, Setiausaha Luar AS, Hillary Clinton ketika mengadakan lawatan ke Prague, beliau turut senada dengan Obama bahwa perkembangan terbaru tersebut mampu memberikan ancaman kepada Amerika Syarikat dan jika laporan perisikan adalah benar (yakni Assad akan menggunakan senjata kimia), insiden ini sememangnya bakal mendesak tentera AS terlibat dalam konflik. Sekurang- kurangnya seramai 75 ribu tentera diperlukan dalam operasi darat bagi menawan pusat kemudahan senjata kimia Syria dan sokongan serangan udara juga akan digunakan bagi melumpuhkan pertahanan udara buatan Rusia yang mengawal pusat senjata kimia tersebut.


Utara Damsyik, Hama, Homs dan Cerin (Selatan Homs)
disyaki berfungsi sebagai kawasan fasiliti penghasilan
senjata  kimia (BIG via Google  Map).

Setakat ini terdapat empat kawasan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan senjata kimia di Syria, dan kawasan tersebut termasuklah di Utara Damsyik, kawasan perindustrian Homs, Hama (pusat penghasilan ejen saraf) dan Cerin, disamping  itu, pembangunan senjata kimia di Syria difahamkan telahpun bermula sejak tahun 1973, yakni ketika kemuncak Perang Yom Kippur dan pusat- pusat fasiliti ini dikawal ketat oleh badan perisikan Syria. Perkembangan terbaru konflik Syria, Assad tetap konfiden bahwa beliau mampu bertahan dan insiden berbalas serangan terbaru di kawasan berdekatan lapangan terbang Damsyik telah menjejaskan industri penerbangan negara tersebut setelah beberapa syarikat penerbangan (termasuklah EgyptAir dan Emirates airlines) telah membatalkan jadual penerbangan ke Syria untuk beberapa tempoh masa tertentu.



- Sumber Al Jazeera (AJE), CBS News dan Globalsecurity.org
Tag : , ,

Propaganda Parti Komunis China Dalam Bentuk Mural

on Monday 3 December 2012

Propaganda Parti Komunis China Dalam Bentuk Mural : Umum mengetahui China ialah merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Komunis. Ideologi komunisme ini merupakan ideologi sistem politik dan struktur sosio ekonomi yang menekankan pembentukan masyrakat yang tidak menekankan kawalan, pemilikan terhadap faktor pengeluaran negara dan pemilikan harta. Komunisme juga menekankan pengamalan sistem demokratik terhadap segala keputusan di mana masyrakat terlebat secara langsung dalam proses ini tanpa sebarang sekatan dan penindasan langsung daripada golongan pemerintah. Komunisme bersusur galur daripada gerakan politik dan peranan golongan intelektual semasa Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme ini juga menolak penguasaan golongan Burjuis (kelas atasan) yang mendominasi pasaran ekonomi daripada golongan Proletariat (pekerja). Dan ini jelas berkenaan dasar Komunisme yang menumpukan pembentukan masyarakat tanpa pembahagian kelas dan kaum.

Di China misalnya, sebelum kejatuhan Parti Kuomintang pada tahun 1949, Karl Marx memberikan gambaran salah bahawa golongan masyrakat tani sebagai golongan konservatif dan tidak revolusioner. Dan selepas kejatuhan Parti Koumintang ini, masyrakat tani di bawah Parti Komunis China telah menunjukkan masyrakat golongan tani juga boleh bergerak sebagai baris hadapan dalam mencetuskan revolusi secara total. Perjuangan kaum tani di China secara mudahnya dapat di bahagikan kepada dua tahap iatu pada tahap pertama ialah pada tahun 1922 hingga 1927 yang melibatkan penglibatan secara separa golongan tani manakala pada tahap kedua ialah penglibatan secara total golongan tani di bawah penguasaan Parti Komunis China. Namun begitu dengan tercetusnya Revolusi Bolshevik di Russia pada tahun merupakan garis awal dalam pengenalan ideologi komunis. Dan kini hanya lima buah negara masih mengekalkan pemerintahan komunis iaitu China, Laos, Vietnam, Cuba dan Korea Utara. Di China, golongan pemerintah cuba untuk menekankan pemerintahan komunisnya dengan membuat beberapa mural di bahagian bandar, dengan menerapkan "adalah pengkhianat sekiranya rakyat China menjual rahsia negara kepada negara luar" .

propaganda parti komunis china dalam bentuk mural propaganda parti komunis china dalam bentuk mural propaganda parti komunis china dalam bentuk mural

Sumber: Bucublog
Tag :

KJ: Kemenangan pro-Aspirasi bukti orang muda kembali pada Umno

on Saturday 1 December 2012

Kemenangan besar kumpulan pro-Aspirasi dalam pilihan raya kampus dan populariti presiden Umno dalam media sosial bukti jelas golongan muda sudah kembali kepada Umno, kata Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin dalam ucapan penggulungan perbahasan persidangan agung Umno ke-66.

"Kalau kita tengok Facebook, penyokong Datuk Seri Najib lebih 1.25 juta berbanding ketua umum mereka yang tidak sampai 200 ribu sahaja," katanya merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurutnya tawaran pendidikan percuma Pakatan Rakyat jelas ditolak mahasiswa melalui pilihan raya kampus yang dimenangi kumpulan pro-Aspirasi yang menyokong kerajaan.
"Kalau itulah tawaran mereka kepada mahasiswa, referendumnya adalah pilihan raya mahasiswa.

Beliau turut memuji keputusan kerajaan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang disifatkannya tepat sehingga membolehkan mahasiswa bergiat aktif dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional di universiti masing-masing.

"Hari ini apabila Auku dipinda ramai lagi mahasiswa buka baju sokong Umno," tegasnya.

Beliau turut menyahut seruan Ketua Puteri Umno, Datuk Seri Rosnah Rashid Shirlin agar sayap Pemuda dan Puteri bekerjasama menubuhkan akademi kepimpinan untuk golongan muda.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil yang menjadi penggulung terakhir di antara tiga sayap parti mencadangkan agar Barisan Nasional lebih cakna dengan golongan ibu tunggal melalui pembentukan polisi khusus untuk golongan itu.

Beliau sendiri bersedia menggembleng Wanita BN untuk menghantar satu pelan menyeluruh kepada kerajaan untuk tujuan itu.- Malaysiakini  (Isi ucapan Khairy Jamaludin semasa Perhimpunan Agung Umno 2012)
Tag : , , ,
 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved