Ancaman Senjata Kimia Assad: "AMARAN" Terbaru Obama Kepada Damsyik.

on Tuesday 4 December 2012


White House menyatakan kebimbangan kemungkinan ancaman senjata kimia oleh Rejim Assad. Memetik laporan CBS News pada Isnin (3 Disember), Presiden Obama telah menyuarakan amaran keras kepada Rejim Assad atas kebarangkalian tinggi bahwa rejim tersebut akan menggunakan senjata merbahaya bagi melumpuhkan pergerakan penentangan, meskipun, pihak Syria tetap menafikan tuduhan tersebut. Melalui kenyataan terbaru daripada Obama juga, tindakan Assad menggunakan senjata kimia adalah “tidak boleh diterima” dan sememangnya mengheret penglibatan AS dalam konflik di Syria.


Kemuncak konflik di Syria; Kementerian Luar Rejim Assad
tetap berkeras menafikan penggunaan senjata kimia.

Laporan pemindahan senjata kimia Syria telah mendapat liputan meluas sejak bulan Julai yang lalu dan aktiviti pemindahan senjata tersebut ke lokasi- lokasi rahsia telah menimbulkan pelbagai spekulasi termasuklah amaran keras daripada Washington. Laporan terbaru perisikan AS melalui imej satelit menunjukkan Rejim Assad sedang menaiktaraf kemudahan (fasiliti) di beberapa pangkalan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan  senjata kimia dan (Assad) sentiasa bersedia pada bila- bila masa untuk menggunakannya.  



Sementara itu, Setiausaha Luar AS, Hillary Clinton ketika mengadakan lawatan ke Prague, beliau turut senada dengan Obama bahwa perkembangan terbaru tersebut mampu memberikan ancaman kepada Amerika Syarikat dan jika laporan perisikan adalah benar (yakni Assad akan menggunakan senjata kimia), insiden ini sememangnya bakal mendesak tentera AS terlibat dalam konflik. Sekurang- kurangnya seramai 75 ribu tentera diperlukan dalam operasi darat bagi menawan pusat kemudahan senjata kimia Syria dan sokongan serangan udara juga akan digunakan bagi melumpuhkan pertahanan udara buatan Rusia yang mengawal pusat senjata kimia tersebut.


Utara Damsyik, Hama, Homs dan Cerin (Selatan Homs)
disyaki berfungsi sebagai kawasan fasiliti penghasilan
senjata  kimia (BIG via Google  Map).

Setakat ini terdapat empat kawasan yang disyaki berfungsi sebagai pusat penghasilan senjata kimia di Syria, dan kawasan tersebut termasuklah di Utara Damsyik, kawasan perindustrian Homs, Hama (pusat penghasilan ejen saraf) dan Cerin, disamping  itu, pembangunan senjata kimia di Syria difahamkan telahpun bermula sejak tahun 1973, yakni ketika kemuncak Perang Yom Kippur dan pusat- pusat fasiliti ini dikawal ketat oleh badan perisikan Syria. Perkembangan terbaru konflik Syria, Assad tetap konfiden bahwa beliau mampu bertahan dan insiden berbalas serangan terbaru di kawasan berdekatan lapangan terbang Damsyik telah menjejaskan industri penerbangan negara tersebut setelah beberapa syarikat penerbangan (termasuklah EgyptAir dan Emirates airlines) telah membatalkan jadual penerbangan ke Syria untuk beberapa tempoh masa tertentu.



- Sumber Al Jazeera (AJE), CBS News dan Globalsecurity.org
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© Persatuan Sains Politik UUM All Rights Reserved