PETALING JAYA 4 Ogos: KEADILAN menubuhkan Kelab Mahasiswa KEADILAN
bagi menarik minat mereka terhadap politik semasa, kata Naib Presiden
KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.
Berucap pada majlis pelancaran, beliau percaya kelab itu bakal
menjadi penggerak ‘kuasa tiga’ mewakili rakyat khususnya golongan muda
dalam isu berkaitan.
“Mahasiswa adalah kuasa ketiga yang bawa suara rakyat. Ini dapat
dilihat dalam demonstrasi Baling sehinggalah mereka ditangkap,” katanya
ketika melancarkan kelab itu di ibu pejabat, hari ini.
Nurul
Izzah berkata, sikap kerajaan Umno yang menghalang hak mahasiswa
bersuara bukan perkara baru, malah mahasiswa sentiasa dikawal dengan
pelbagai bentuk program ‘ampu’ kerajaan.
“Pegawai khas Perdana Menteri baru-baru ini dikesan terlibat dalam
perancangan menangkan mahasiswa pro Aspirasi. Apa ini? Ini penghinaan
kepada mahasiwa.
“Tidak hairanlah pilihan raya kampus tidak berfungsi, kemudian
kerajaan gunakan kursus Biro Tata Negara (BTN) bagi mengawal pelajar di
kampus,” katanya.
Wakil Kelab Mahasiswa KEADILAN, Ahmad Bakhtiar Amir Zaimi, 24, pula
berkata ia sebagai langkah awal mengenali dunia politik berikutan
mahasiswa adalah pelapis politik pada masa depan.
Mahasiswa
jurusan Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) itu
menyatakan penubuhan kelab itu sudah lama dirancang sejak mereka
menyertai program santai bersama Rafizi Ramli.
Rafizi ialah Pengarah Strategik KEADILAN yang menemui formula untuk
memansuh pinjaman PTPN, selain membawa kaedah pendidikan percuma kepada
pelajar.
Baktiar berkata, siri jelajah dimulakan pada September depan bermula
di institusi pengajian tinggi sekitar Lembah Kelang, khususnya mengenai
tawaran KEADILAN membabitkan isu mahasiswa.
“Kami akan mulakan jelajah di Universiti Malaya sambil mencari ahli
baru di samping menerangkan objektif penubuhan kelab dan penerangan isu
PTPTN,” katanya. -KeadilanDaily
Lepas BN tubuhkan Kelab Penyokong, PKR juga mengambil langkah yang sama dengan menubuhkan kelab penyokongnya yang tersendiri. Inikah yang dinamakan "Mahasiswa dikudakan parti politik"? Macam mana pulak dengan sesetengah mahasiswa yang berpendapat bahawa kita perlu belajar dan bukannya berpolitik? Tepuk dahi, tanya akal. - MB
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment